Tips untuk kesihatan

Setiap hari apa yang kita makan?...




Tahukah anda khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita seharian?...



Dibawah ini saya kongsikan serba sedikit pengetahuan saya tentang pemakanan seharian dan khasiat yang perlu kita ambil setiap hari...



Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengendahkan kesihatan diri melalui pemakanan, al-maklumlah zaman teknologi sekarang ni ramai yang lebih gemar mengambil jalan pintas dengan berkunjung ke restoran-restoran makanan segera/ 'fastfood' seperti Mc Donalds, KFC dan sebagainya. Adakah ianya baik untuk kesihatan diri kita?... Tuan-tuan dan puan-puan...(chewah macam nak pidato pulak :p) Mengenai kesihatan ini, pada saya, bukan hanya doktor, tabib, student medic atau pakar-pakar kesihatan sahaja yang perlu tahu malah tidak kira siapa pun anda cikgu, akauntan, CEO, typist, konduktor bas, pakar IT atau sesiapa sekalipun patut tahu dan belajar tentang kesihatan diri kerana semua pengetahuan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri...






Cuba lihat gambarajah di bawah ini, sejak sekolah lagi kita telah di ajar tentang piramid pemakanan ini, tapi adakah kita mengamalkannya?



Gambar di atas ini menunjukkan makanan dan kuantiti yang perlu kita ambil seharian demi untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri kita.



Whole grains (Brown rice whole wheat pasta, oats, vege&fruits, healthy fats & oils mesti makan dalam kuantiti yangg banyak setiap hari manakala ikan, kekacang dan tofu sederhana sahaja...



Daging merah, butter, nasi putih, roti, pasta, potato, air manis dan garam hanya sedikit sahaja kuantiti yang diperlukan oleh badan kita, tetapi kebiasaannya makanan2 ini lah yang kita ambil dgn kuantiti yang banyakkan...ish ish ish....



selain tu juga kita dinasihatkan untuk mengambil multivitamin setiap hari (tapi perlu selidik dulu kalau nak beli...kandungannya, proses membuatnya, dari ladang mana, kilangnya dll., jgn percaye pada label yang ditampal 100%..kalau tidak selidik takut ade kesan sampingan dihari akan datang)...Multivitamin ini penting kerana kita tidak akan mampu untuk mendapatkan khasiat yang secukupnya melalui apa yang kita makan setiap hari.



Begitu juga kita perlu melakukan senaman setiap hari dan mengawal berat badan kita.


















Gambarajah di atas ini pula menunjukkan dengan lebih lengkap mengenai kuantiti makanan yang kita perlukan seharian..















Dari gambar ini pula anda boleh tahu khasiat-khasiat / vitamin yang dihasilkan oleh setiap makanan ini...



Semua vitamin ini perlu diambil setiap hari...maknanye kita perlu makan semua ini setiap hari...bukan seminggu sekali....












Omega-3 / fatty acids ini juga penting untuk minda dan hati kita..ikan salmon adalah antara ikan yang kaya dengan omega-3, jadi lepas ini makan ikan salmon banyak-banyak ye atau boleh juga didapati dalam bentuk kapsul...






Pencemaran...saya paling tak suka alam kita dicemari (saya ni bekas kelab pencinta alam hihi)..bila berlaku pencemaran kita juga yang akan menanggung kesannya...contohnya pencemaran laut, hidupan laut terutama ikan, sotong , udang, ketam dll akan tercemar oleh segala pencemaran, makan hidupan laut yang dah tercemar...maka kesihatan kita akan terjejas dengan bermacam penyakit. Saya taknak sakit, awak?...



Jadi kawan-kawan marilah jaga diri jaga kesihatan dan alam sekitar demi kepentingan kita dan generasi akan datang...



~Made by me; terima kasih luangkan masa untuk entry saya ! Love u all~