Wednesday, April 27, 2011

TEMAN SEJATI.......????

Zaman sekarang ni masih wujudkah teman sejati.......??? dalam dunia aku kini tiada lagi teman sejati. Aku rindu zaman sekolah semua bersatu padu dan sangat menyeronokkan. Kawan-kawan saling mengambil berat dan saling bantu membantu tapi kini mungkin kerana persekitaran yang berbeza tiada lagi teman sejati yang boleh aku mengadu susah senang kehidupan, yang boleh memberi semangat bila aku rasa terjatuh, yang tidak mengkritik tetapi penyembuh kekecewaan, yang membimbing ke arah kejayaan dan sebagainya. Masa zaman sekolah teman-teman selalu membantu terutama dalam pelajaran namun kini aku rasa keseorangan selain tunang yang sangat memahami dan penyembuh dikala duka sebagai manusia biasa aku masih perlukan dorongan dan sokongan dari kawan-kawan. Kini siapa yang boleh aku percayakan???Masih wujudkah teman sejati begitu???............

Hidup mesti diteruskan.