Tips pilih pasangan hidup

Dulu kawan aku pernah tanya aku or lebih kurang minta pendapat akulah "Siapa yang harus dia pilih sebagai teman hidup? Ahmad atau Dollah (bukan nama sebenar)...al-maklumlah pilih teman hidup ni bukan macam pilih baju atau pilih kasut...tak sama juga macam pilih aiskrim... Teman hidup ni kita mesti pilih yang terbaik dari ladang hehe, yang serasi dan yang paling penting yang bertanggungjawab dalam pelbagai sudut! tak boleh pakai belasah je, huru hara hidup you all nanti. tapi pilih punya pilih pun jangan tersalah pilih dan jangan lah terlalu memilih...nak yang macam ni yang macam ni taknak...melampaulah tukan... dah si dia ambil berat, berkorban masa tenaga demi untuk menangi hati you all tapi hanya kerana rupa paras tak macam shahrukhan or brad pit you all reject terus...ishishish ada pula tu lepas kebas semua harta benda tingalkan je pula si dia semata-mata nak bersama dengan insan lain yang lebih macho lebih handsem lebih glamor lagi dari si dia tadi...apa lah nasib si dia yang malang tukan...bertaubatlah kawan-kawan...setialah pada yang satu. 

hmm...situasi kawan aku tadi tu lain sedikitlah...sebab kawan aku ni bukan 'playgirl' atau materialistik...cuma keliru nak buat pilihan..yelah orangnya cantik ramailah peminat...(ada juga yang tak berapa cantik rupa paras tapi lagi ramai peminat...ha tu dia kalau cantik budi bicara cantik dalam maka cantiklah luarnya...betul tak?) kawan aku sorang ni bukan saja jejaka melayu, jejaka india, cina pun nak buat dia sebagai teman hidup mana tak pening si kawan ni tadi... tapi awal-awal dia dah tapis...tapis punya tapis tinggallah jejaka malaya yang 2 orang ni...memang dah tak boleh nak shortkan lagi dah list yang ada tu. Antara yang selalu dia belikan makanan dan yang selalu bagi dia bunga yang mana satu ni??!?! (pening-pening dah kepala migrain pun ada dah ni...)

kalau korang jadi aku siapa yang korang  pilih? tolong pilihkan?? hmm..fikir punya fikir dan mengikut pengalaman aku sendiri maka aku syorkan kawan aku tu untuk pilih Dollah (iaitu yang selalu bagi kawan aku tu bunga hehe) romantiknya mamat tu hmm...syoknya! 

huhu korang jangan salah faham pula, aku ni takde pun menaruh harapan pada si Dollah tu dan takde pun berminat bermati-matian pada lelaki romantik macam tu..sikit-sikit adalah..haha..apa yang penting aku ni setia pada yang satu...insyaAllah...(harap-harap macam tulah).

Sebenarnya keputusan yang aku syorkan tu ada sebab nya...cuba korang fikir ye..di sebalik yang tersirat mengatakan Dollah yang bagi bunga dan yang tersurat pula Dollah sangat sukakan kawan aku tu...berbanding dengan Ahmad...kawan aku selalu bagi makanan untuk dia...maknanya kawan aku yang tersangat suka pada Ahmad! walaupun Ahmad pun suka kawan aku ni..tapi Dollah lebih sayangkan kawan aku dan sangat ambil berat tentang kawan aku...Jadi antara yang you all suka dengan dia suka you all mana yang akan you all pilih??? (faham tak ayat aku yang agak berbelit nih...???buat-buat faham dah lah ye..)

pengalaman aku bab cinta ni tak banyak tapi aku buat pilihan dengan memilih orang yang betul-betul suka dan sanggup korban tenaga dan masa apa saja demi untuk aku walaupun pada hakikatnya dan pada permulaan nya aku kurang suka pada dia sebab tidak ada ciri-ciri lelaki yang aku idamkan...tapi aku mengalah bila aku fikirkan ada baik nya aku terima lelaki yang betul-betul sayangkan aku dari memilih lelaki yang aku idamkan selama ini kerana belum tentu aku ini wanita yang dia idamkan...mungkin satu hari nanti dia jumpa wanita idaman dia maka aku ditinggalkan...akhirnya aku yang 'frust' menonggeng...sobsobss..sedey pastu aku pun asyik menangis dan menangis dan mata aku bengkak sebengkaknya...eeiiii tak mahulah! apa pun pilihan yang aku buat dulu rasanya tepat hihi...al-maklumlah hati perempuan ni keras macam kerak nasi lama-lama lembut juga bila kena air...satu persatu pengorbanan yang dia tunjukkan akhirnya berjaya mengambil hati aku yang kecil ini sehingga terpaut dan sangatttt sayangkan dia kini...mungkin kasih sayang aku pada dia setanding kasih dia pada aku atau mungkin juga lebih lagi kasih aku pada dia...terus terang aku tak sanggup kehilangan dia buat masa ini...oh my love  i  LOVE u sOOOOO muCHHHHHH!!!! haha gedikz jewkan...

Owh okay-okay kembali kepada cerita kawan aku tu tadi ye...akhirnya kawan aku tadi memilih untuk menjadi isteri kepada Dollah....dan kini mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah disisi agama dan undang-undang dunia...terima kasih sahabatku kerana berkongsi masalah dengan aku dan terima kasih kerana menjadikan aku tempat khidmat nasihat..hihi maknanya kamu sangat percaya kan aku sebagai sahabat mu....oh gumbiranya aku lihat kamu bahagia... bahagia selamanya...amin.....

p/s: jikalau merasa amat susah untuk buat pilihan walau dah baca tips yang aku berikan tadi...nasihat yang terbaik dari aku yelah...korang buatlah solat istikharah...itulah jalan terbaik sebaik-baiknya keputusan dan jawapan yang akan korang dapat...

Sesungguhnya kita hanya merancang Allah jua penentunya...dan Sesungghunya Dia Maha Mengetahui apa tidak kamu ketahui...Redhalah di atas ketentuan-Nya kerana disebalik yang berlaku percayalah pasti ada hikmah nya !