Wednesday, December 5, 2012

:: MAJLIS BERTANDANG 16/10/2012 ::



Hi semua.... Now time to sharing my 'hari bertandang' pula...16 Oktober 2011 menjadi kenangan... ;p

Majlis diadakan di taman rekreasi bukit jalil. Majlis ni kami buat simple-simple je. Buat kt taman macam ni rasa aman dan tenang aje... ;)

Untuk majlis sebelah pihak lelaki ni kami takde ambil mak andam. Sebab kami nak mencuba uruskan sendiri dan nak simpan baju sanding kali ni sebagai kenangan, tu sebab kami tak sewa baju. pakaian sanding kali ni kami berusaha dengan gigih mencari kedai yang siap ada kain dan terus tempah. Yang jadi usaha gigih tu bukan apa..kalau ikutkan banyak je kedai yang boleh buat tapi nak mencari yang sesuai dengan bajet dan kehendak kami tu yang payah sikit tu..hehe tapi akhirnya kami jumpa juga. Design untuk baju tu my hubby yang pilih. Aksesori yang lain-lain tu ada yang aku pinjam dari mak andam masa kenduri sebelah aku ritu, ada juga yang aku beli. Bab mekap pula...haaa yang bestnya untuk majlis bertandang ni aku mekap sendiri...hebat tak..hehe bukan tak nak ambil mak andam tapi dah aku boleh mekap sendiri baik buat sendiri ye tak? dapat la jimatkan kos....hehe

Yang lain-lain tu di uruskan oleh keluarga mertuaku...

Jomla kita lain pictures ye kawan-kawan.. ;p















Itulah saja story majlis bertandang saya... :)



Thank you for reading this entry!
Have a nice day~


Thursday, November 1, 2012

:: MAJLIS PERSANDINGAN 09/10/2011 ::


Hi frens...kali ni saya nak imbau kembali kenangan majlis wedding saya... hari saya dan suami bersanding~lalala...rase macam baru semalam je kami duduk atas pelamin tu... ;p

>>>

Majlis persandingan kami di Dewan Komuniti Pantai Hillpark. Bukan taknak buat kat rumah tapi kemudahan dah disediakan kite gunalah..lagi pun buat majlis didewan ni senang sikit..nampak lebih selesa dan teratur nak pula kalau hujan masa hari bersanding tu selamatlah kite duduk lam dewan kan..tapi tak dinafikan kalau buat majlis di rumah memang lebih meriah rasenye. tapi penat jugak nak mengemas rumah lepas habis majlis tu nanti...Saya tak sanggup...huhuhuuu

>>>


Colour tema yang saya pilih untuk majlis persandingan saya ialah pink purple...nak cerita bab pelamin pula-pelamin saya ambil pakej dengan mak andam saya (mekap, pelamin dan baju) saya ambil mak andam yang dekat dengan rumah je-sebabnya: nak fitting baju senang, nak bincang pun senang..jimat petrol kereta haha. pattern pelamin tu saya 'request' dengan mak andam saya..mulanye mak andam saya tak dapat nak penuhi permintaan saya tu...tapi last minute mak andam saya buat surpriseeee...hehehe dia beli set pelamin tu semata-mata untuk wedding saya...wahhh terharunya! sehari sebelum majlis mak andam saya buat surprise lagi! walk way untuk saya dia buat special...terima kasihlah mak andamku..baju pun terpaksa dibuat baru dengan design yang mak andam pilih sebab saiz badan saya yang kecil ni...

>>>


katering juga saya yang pilih...IKHLAS catering tapi tempatnya agak jauh di Sg.Penchala. Katering ni saya booking masa di expo perkahwinan kat shah alam...banyak juga feedback dari saudara mara, jiran-jiran dan sahabat yang kata lauk-pauk yang disediakan sedappp...ikut selera masing-masinglah, yang penting nawaitu kita sebagai tuan rumah untuk menjamu selera tetamu dengan ikhlas...

>>>


Gift untuk para tetamu disponsor oleh makcik-makcik saya...just a simple gift kami bagi jelly dibalut dengan kain sapu tangan yang pelbagai warna ikat pula dengan reben...dan untuk kanak-kanak di bawah umur, gula-gula lollypop untuk diorang... ;p

Dah panjang lebar saya cerita ni..jomm la kita tengok pictures pula.... ;p

Enjoy ye! ;p

































~The End~

~Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk entry ini... ;p

Monday, September 10, 2012

:: MAJLIS AKAD NIKAH 08/10/2011 ::

Oleh kerana dah lama sangat tak 'update' blog ni...maka banyak cerita yang nak aku kongsi dengan anda semua..pertama sekali aku nak maklumkan yang aku telah pun selamat diijabkabulkan dengan sahabat baikku merangkap kekasih yang telah lama setia dengan ku...hehehe majlis akad nikah berlangsung di masjid berdekatan rumah aku. Tanggal 8 Oktober 2011 dengan 3 kali lafaz sahlah aku menjadi isteri kepada suami tercinta... LOVE u lah sayang! hehe..
~ Masjid nilah kami diijabkabulkan... :)
~ Proses akad nikah...huhu seram sejuk masa tu...ceq abg kite lagilah nervous... -.-"
~ My hubby yg khusyuk membaca...berpeluh2 pun ade tuh.. huhu
~ aku pula macam tak de perasaan je..padahal Allah jela yang tau dubdabdubdab jantung ni... :)
~ Selesailah sudah akad nikah oleh suamiku...syukur Alhamdulillah. Moga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hubungan kami ~ Amin Ya Rabbala'lamin. ~ Seterusnya proses menyerahkan mas kahwin, bersalaman dan bergambar...~
~ Keluarga sebelah suami ~
~ Keluargaku ~
Proses menjayakan akad nikah ni banyak yang aku buat sendiri je (dengan pertolongan saudar mara jugalah..contohnya pakaian dan hantaran (tapi hantaran nanti aku sharing-sharing kat entry lain ye). Mekap aku pakej sekali dengan pakej pelamin sanding.. Majlis akad nikah ni kitorang buat sempoi-sempoi aje takde mini pelamin pon.. buat kat dalam masjid sebab rasanya lebih afdallahkan.... :)itu jelah yang dapat aku kongsi ngan korang. apapun syukur kerana semuanya berjalan lancar dan hingga kesaat ini memori akad nikah tu antara yang terindah bila dikenang kembali...hehe :) ~ The End ~ :) ::Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk entry saya ini::