Sunday, October 24, 2010

Percutian ke Bandung dan Jakarta, Indonesia

Seronoknya ke BANDUNG & JAKARTA !
Percutian 4 hari 3 malam dengan kawan-kawan...seronok sangat...jommm ke sana ~


hari pertama penerbangan ke sana...naik air asia je jimat sikit...hihi

di airport...

erm dah tak sabar ni...

di Bandung~kelaparan...


Tujuan ke sana : Membeli-belah sambil makan-makan sambil berseronok sambil 'survey-survey' barang untuk 'wedding' sambil melancong! hehe itulah tujuan kami ke Bandung dan Jakarta. Seronok sangat pergi sana sebab dapat membeli-belah dengan sakannya sampai habis duit berjuta-juta ($_$) rupiah lah...



Sesudah sampai di Pasar Baru...huuuu rambangnye mata mengadap kain-kain tu....hmmm



Ini di rumah batik pula... mana satu yang mahu aku pilih ni...???


kesesakan lalu lintas di Bandung... :)

perjalanan ke cibaduyut...


kasut terbesar di cibaduyut bandung...


di ' Rumah MODE ' bandung...


penjual di tepian jalan...eh tengah2 jalan...


di Gunung Tangkuban Parahu Bandung...* Gunung berapi ~



makan nasi padang... * nasi padang ni di hidang sengan bermacam jenis lauk dan kebanyakan lauk-pauk yang dihidangkan lebih kurang sama dengan lauk masakan melayu di negara kita (Malaysia)...cuma kita cuma usik atau makan lauk yang kita nak makan sahaja kerana lauk-pauk yang telah diusik akan dikira di dalam bil ! ~

antara pengangkutan awam di bandung...kalau tak silap mereka panggil cibai...




Makan malam di restoran Kampung daun ~ sangat cantik pemandangan di sana walaupun di malam hari ~ laluan masuk di iringi pelita sepanjang perjalanan ~ kecuali hari hujan.... :)

Holland Bakery ~ beli kek untuk yang tersayang... :)



Di ' Kartika Sari '...membeli buah tangan kerepek dan sebagainya untuk keluarga tercinta ~
* Kartika Sari terkenal dengan produk kerepek, kek dan seumpama dengannya...

Sampai di Hotel Bandar Jakarta Indonesia ~

Pemandangan dari hotel~suasana bandar Jakarta...

Ke Mall di Jakarta... cuma jalan-jalan, mencuci mata dan tengok band untuk pembukaan kedai baru di situ... barang-barang lebih kurang shopping complex di Malaysia lah.

makan seafood di Pondok Laguna Jakarta...

antara lauk pauk yang telah habis kami bedal dengan lahabnya...

Destinasi seterusnya...ke 'WTC Mangga Dua' Shopping complex di Jakarta...sangat besar dan sangat sesak... ~ di sini terdapat bermacam-macam jenis beg tangan, pakaian, kasut dan lain-lain barang lagi...tapi harganya lebih mahal sedikit berbanding di Bandung...

dan Destinasi terakhir kami ialah ke airport Jakarta, menanti kapal terbang untuk pulang ke tanah air...MALAYSIA kami pulang!!!

Saturday, September 18, 2010

SuNgAi dan LauT


HiDUP kite ni same macam sungai..."HIDUP BAGAIKAN SUNGAI"... sungai yang mengalir menuju ke satu arah...Sungai tak pernah patah balik mahupun berhenti seketika...Ada sungai yang mengalir deras...ada juga sungai yang mengalir perlahan-lahan...yang deras dah semestinya sampai dengan cepat ke tempat yang dituju manakala sungai yang mengalir perlahan-lahan lambat lah sampai ke tempat dituju... Tidak kira apa pun yang berlaku di sekeliling, sungai tetap juga berusaha terus menerus untuk sampai ke tempat yang dituju...sebarang halangan tetap dirempuh xkira ape yang berlaku...bak kata "Tidak ada yang dapat menghalang"... Panjang perjalanan sungai, namun dengan usaha yang terus menerus akhirnya sungai tiba jugak kat muara sungai...(tempat dimana sungai akan bertukar menjadi LAUT...BERGABUNG!!!) lalu sungai pon jadilah LAUT... LAUT yang terbentang LuASSS, INDAHHHHH malah penuh dengan kehidupan alam yang pelbagai dan cantik-cantik...hmmm itulah yang dinamakan KEJAYAAN...Tiada siapa dapat merasai KEJAYAAN itu melainkan sungai tadi... maka pergilah sungai keseluruh pelusuk dunia menjadi laut yang indah...... Begitu juga manusia...BERUSAHA lah walau apa jua rintangan yang melanda...BERUSAHA lah tanpa jemu kerana kejayaan pasti jua milikmu !





~ made by me ~

~ Terima kasih kerana luangkan masa untuk entry ini ~