Wednesday, January 16, 2013

Zara Alisha Hana :: 1 Bulan


Hai...sejak bergelar ibu ni handphone aku penuh dengan gambar anakku je..gerammm sangat tengok keletah dia. :) hari ni genap umur zara 1 bulan...maknanya aku masih ada lebihkurang 2 minggu lagi nak habis pantang. Aduhaiii cepatlah masa berlalu boleh bawa gegirl aku ni jalan-jalan..tak sabarnya..tak sabar juga nak tunggu zara besar sikit..boleh gurau-gurau dengan my zara ni..hehe

Jaga anak kecil ni banyak juga dugaannya.. terutama sekali 'timing' untuk aku tidur...memang takde lagi istilah tidur nyenyak. Masa untuk aku tidur sekarang ni kena ikut masa baby..sekarang ni malam aku adalah siang untuk dia dan sebaliknya. Jadi aku ni kena set balik timing tidur aku kalau tidak memang mengantuk la aku dibuatnya. Mula-mula memang letih sangat tapi bila dah biasa Alhamdulillah bisa di atur sekarang..hehe harap-harap habis pantang nanti timing tidur zara berubahlah..amin.. :)

Zara..semoga membesar jadi anak yang baik dan solehah ye sayang..mama & ayah sayanggg kamu sangat-sangat..mmmuuaahhh eiii gerammnye..hehe

Okay jom layan pics miss zara ni..



Gambar ni aku nampak macam dah habis pantangkan..walhal aku baru je sampai rumah baru keluar dari hospital... :)


LOVE YOU SAYANG...


SAYANG KAMU SANGAT-SANGAT!


Terima kasih kerana sudi layannn kesah ku ini.. :)

Thursday, January 10, 2013

:: ZARA ALISHA HANA 20/12/2012 :: OUR LOVE OUR SWEETHEART::




Hai bloggers...fuhhh syukur alhamdulillah saya telah selamat melahirkan baby girl saya secara normal dengan berat baby 2.555 kg. Pengalaman yang tak boleh dijual beli dan sangat bermakna..sebenarnya rasa macam mimpi pun ada. Tak sangka saya berjaya juga mengharungi detik-detik mendebarkan itu... bersyukur sangat kepada Allah s.w.t atas nikmat yang diberikan...sakit bersalin tu satu nikmat juga untuk kita kaum hawa ni.. kan Allah taala dah berjanji sejurus saja kita merasa sakit bersalin maka terhapusla dosa-dosa kita selama ni.

Okayla mesti you all nak tau jugakan kesah nye saya bertarung nyawa dalam labour room tukan.. al kisahnye begini..semasa mengandung saya disahkan mengidap diabeties yang berkemungkinan kerana ada sejarah keluarga yang menghidap diabeties dan mungkin juga kerana pembawaan bayi..jadi doktor tak benarkan saya untuk tunggu baby keluar sendiri jika sudah lebih due date. Due date saya jatuh pada 19 disember 2012. Oleh kerana sehingga tarikh itu baby masih tak keluar lagi maka pada 19hb tu saya ditemani en.suami terus ke hospital umpama menyerah dirila..sampai hospital dalam pukul 9 pagi. Masa tu katil semua dah penuh jadi pihak hospital terus tempatkan saya dalam labour room. Sepatutnya saya kene stay di katil menunggu bila baby nak keluar baru doktor akan masukkan ke labour room.

Masuk saja dalam labour room tukar pakaian hospital dan tunggu sekejap sementara data saya dimasukkan dalam sistem. En.suami pula kene tunggu diluar. Al maklumlah saya bersalin di PPUM, kat sini suami tidak dibenarkan masuk dalam labour room. Pukul 11 pagi doktor masukkan ubat induce untuk segerakan rasa contraction. Tetapi selepas 6 jam menunggu saya masih tidak merasa sebarang kesakitan. Oleh itu doktor sepatutnya masukkan ubat induce kedua pula tapi bila tengok rekod graph kat mesin sebelah katil saya tu ada tanda-tanda contraction walaupun saya tak merasa kesakitan tu. Sudahnya doktor tak jadi bagi ubat induce yang ke2 dan doktor decide untuk tunggu contraction tu datang sendiri.

Sekali sekala saya berjalan-jalan keluar dari labour room tunggu kedatangan en.suami..bila en.suami datang kami duduk diruang menunggu borak kejap tapi tak boleh lama-lama nanti nurse marah..hehe untuk beberapa jam keadaan saya keluar masuk labour room jela. Bosan juga duduk sorang dalam bilik tu. Pada pukul 8 malam saya turun darah..agak banyak juga bila bagitau nurse, nurse kata itu tanda nak dekat bersalin dan pada masa tu saya dah mula rasa sakit contraction. Nurse suruh baring saja dikatil tak perlu berjalan sangat. Tak lama tu mak dan husband saya sampai..saya keluar dan bila tengok muka mereka tiba-tiba saya rasa nak menangis tapi dek kerana malu nanti nurse tengok saya tahankan air mata walaupun dah bergenang sangat kat mata ni..hmm sedih tambah pula sakit. En.suami seakan simpati dengan kesakitan saya dan minta saya bersabar n banyakkan berzikir.

Selepas hantar mak saya balik rumah suami saya datang semula tetapi hanya menunggu di ruang menunggu di tingkat bawah. Dari pagi hingga ke malam seorang demi seorang patient telah selamat bersalin cuma tinggal saya dan seorang saja lagi patient yang belum selesai lagi. Hmm masa tu tuhan saja yang tahu perasaan saya. Malam semakin larut dan kesakitan tu semakin menjadi-jadi. Tak tahu nak diungkap macam mana. Selepas bukaan 2cm doktor terus pecahkan air ketuban dan selepas itu setiap 5 minit contraction tu datang dan setiap 1jam 1cm pintu rahim terbuka. Korang bayangkanla nak tunggu 10cm maknanye 8jam lagi saya perlu bertarung dengan kesakitan yang datang setiap 5 minit. Pukul 11 malam doktor injek ubat tahan sakit yang hanya bertahan selama 4 jam selepas tu takde lagi ubat untuk bantu kurangkan kesakitan tu.

Akhirnya lebih kurang pukul 10 pagi keesokannya, doktor kata saya dah boleh meneran..masa ni lain pula masalahnya.. masalah saya masa ni saya langsung tak rasa sakit dah jadi mcm mn nk meneran..hihi doktor bagi masa 1jam untuk tunggu rasa sakit tu datang. Jika tidak ada sebarang rasa sakit selepas 1jam saya kene paksa diri saya untuk push keluarkan baby..akhirnya bila sakit perut macam nak buang air besar tu datang saya pun berusaha sedaya upaya untuk push..push punye push akhirnye tanggal 20/12/2012 jam 11.50 pagi hari khamis keluarlah baby girl saya... Alhamdulillah..

Betul kata orang bila tengok je baby kita akan lupa semua kesakitan tu..dan baru saya tahu betapa besar pengorbanan seorang ibu...

Okayla jom kita layan pics saya dan baby ... :)