Thursday, November 1, 2012

:: MAJLIS PERSANDINGAN 09/10/2011 ::


Hi frens...kali ni saya nak imbau kembali kenangan majlis wedding saya... hari saya dan suami bersanding~lalala...rase macam baru semalam je kami duduk atas pelamin tu... ;p

>>>

Majlis persandingan kami di Dewan Komuniti Pantai Hillpark. Bukan taknak buat kat rumah tapi kemudahan dah disediakan kite gunalah..lagi pun buat majlis didewan ni senang sikit..nampak lebih selesa dan teratur nak pula kalau hujan masa hari bersanding tu selamatlah kite duduk lam dewan kan..tapi tak dinafikan kalau buat majlis di rumah memang lebih meriah rasenye. tapi penat jugak nak mengemas rumah lepas habis majlis tu nanti...Saya tak sanggup...huhuhuuu

>>>


Colour tema yang saya pilih untuk majlis persandingan saya ialah pink purple...nak cerita bab pelamin pula-pelamin saya ambil pakej dengan mak andam saya (mekap, pelamin dan baju) saya ambil mak andam yang dekat dengan rumah je-sebabnya: nak fitting baju senang, nak bincang pun senang..jimat petrol kereta haha. pattern pelamin tu saya 'request' dengan mak andam saya..mulanye mak andam saya tak dapat nak penuhi permintaan saya tu...tapi last minute mak andam saya buat surpriseeee...hehehe dia beli set pelamin tu semata-mata untuk wedding saya...wahhh terharunya! sehari sebelum majlis mak andam saya buat surprise lagi! walk way untuk saya dia buat special...terima kasihlah mak andamku..baju pun terpaksa dibuat baru dengan design yang mak andam pilih sebab saiz badan saya yang kecil ni...

>>>


katering juga saya yang pilih...IKHLAS catering tapi tempatnya agak jauh di Sg.Penchala. Katering ni saya booking masa di expo perkahwinan kat shah alam...banyak juga feedback dari saudara mara, jiran-jiran dan sahabat yang kata lauk-pauk yang disediakan sedappp...ikut selera masing-masinglah, yang penting nawaitu kita sebagai tuan rumah untuk menjamu selera tetamu dengan ikhlas...

>>>


Gift untuk para tetamu disponsor oleh makcik-makcik saya...just a simple gift kami bagi jelly dibalut dengan kain sapu tangan yang pelbagai warna ikat pula dengan reben...dan untuk kanak-kanak di bawah umur, gula-gula lollypop untuk diorang... ;p

Dah panjang lebar saya cerita ni..jomm la kita tengok pictures pula.... ;p

Enjoy ye! ;p

































~The End~

~Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk entry ini... ;p