Thursday, September 26, 2013

:: Percutian ke Cameron Highland ::

Assalamualaikum....

Hari ni nak share pictures kami bercuti di Cameron Highland, Pahang. Pertama kali ni bawa zara ke Cameron Highland...suka betoiii dak kecik tu...memang kaki berjalan zara ni hihi. Alhamdulillah zara memang senang dibawa berjalan tak banyak ragam asalkan mama dan ayahnya ada bersama.... :)

>>>>>

Kami menginap di Strawberry Park Resort. Perkhidmatan okay best jugak. Bilik pun best besar dan lapang dan selesa..... :)

>>>>>

Seterusnya kami jalan-jalan ke Ladang teh 'BOH', Kea Farm dan pasar malam Cameron Highland. Cuma kali ni, ramai juga pengunjung walaupun tiada public holiday....banyak bas yang bawa rombongan pelajar. Seronok betul diorang dapat berjalan dengan kawan-kawan.

>>>>>

Cameron Highland dulu dan sekarang tak banyak jauh beza. Masa zaman aku kanak-kanak dulu selalu jugak pergi Cameron Highland ni. Cuma yang banyak sangat beza kat sini dulu sangattt sejuk. udara nyaman sangat - kalau tak pakai baju sejuk alamat nya memang bekulakan....tapi sekarang ni tak pakai baju sejuk pun okay je takdela menggigil benor...mungkin sebab banyak pembinaan bangunan-bangunan baru bak kata orang dulu hutan pokok sekarang hutan batu...hmm...harap-harap Cameron Highland dapat kekalkan suasana dingin ini untuk tempoh yang lama lagi...aku nak jugak bawa cucu cicit aku ke sini nanti..hehehe

>>>>>

Tangkapan yang aku dan en.suami buat kat sana taklah banyak sangat tapi bolehlah..cuma TERRRlupa nak ambil gambar.. adehhh adalah sayur-sayur segar beli 10 bungkus RM10. kami tibai 20 bungkus untuk cenderahati kepada mak dan mak mertua aku..hihi aku ni tak sempat nak masak-masak sangat kat rumah keluar pagi-pagi buta balik malam-malam buta mana nak dan masak-masak ni..heheh bagi mak-mak jela bior diorang masak sesedap...lagi kami beli jagung..haa yang ni sempatla aku nak masak kukus ajekan senang...dan tak lain tak bukan mestilah buah yang wajib dibeli iaitu buah strawberryyyyyy sedap weyh nak-nak buat strawberry shake! umpph...gambar mana chek akak oiii..serita je lebihkan..alolololoooo gambar tak sempat nak ambil dah jadi baja dahhh...hihi dan perkara wajibbb 'on the way' balik opkosss singgah LATA Iskandar cecah-cecah kaki kat air udahler kan...baru puas hati nak balik...hihi

>>>>>

Okaylah banyak pula mak nenek ni membebel...jommmm jom kemana lagi....jom layan gambau kami ni haaa.... SEKIAN.


























































p/s : MALAS nak add caption ler kengkawan...jadi tengok ajelah gambar tu ye...buatlah dialog sendiri lam hati tu ye..hihi


***Terima kasih sudi luangkan masa untuk entry ini...baibaibaiiiii