Wednesday, July 24, 2013

:: Honeymoon di Pulau Tioman ::

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera... :)

Entry kali ni nak update kisah kami berbulanmadu....hehe (dah bertahun kot...baru nak share..huh!) Tak kisahlah kan..kami memilih Pulau Tioman sebagai tempat berbulan madu..sebab? sebab kami belum pernah ke sana lagi + dapat voucher penginapan free + ngidam nak pergi tempat-tempat yang ala-ala mendamaikan...tenang...lepak-lepak tepi pantai... hihi

>>>

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Tioman ambil masa yang sangat panjang...en.hubby pilih untuk "drive" sendiri walaupun dah puassss aku pujuk untuk naik "flight" je...hmmm...kami bertolak awal sehari dan menginap di melaka dulu..esok nya baru sambung perjalanan kami ke Mersing sebelum naik feri ke Pulau Tioman. Perjalanan tak berapa nak lancar sebab kami tiba lewat sedikit di jeti. Feri pertama dah pun bergerak awal-awal pagi..jadi kene stay kat Mersing tu jalan-jalan sampai "next" feri tengahari....

>>>

Setibanya di Pulau Tioman...emmm cantikkk air laut jernih... :) kami check in di Berjaya Hotel...petang hari kami jalan-jalan sekitar kawasan pulau..kami sewa motor baru banyakkk angin naik motor ni...hehe orang-orang kampung kat sana semuanya ramah-ramah, pelancong yang datang pun ramahhh..(suke suke suke). Dah penat bersiar-siar kami lepak kedai makan sambil perhatikan monyet-monyet kat tepi bukit yang sangat tak takut orang..huh...tempat nak bersiar tak banyak sangat sebab kat Pulau Tioman ni kita tak boleh 'round' satu pulau dengan kenderaan. Pulau Tioman ada 6 perhentian. Kalau nak ke hentian yang lain kene la naik bot...tapi kami tak pergi pun 'just stay' kat hentian kami tu saja.

>>>

Aktiviti lain sepanjang kat Pulau Tioman tu cuma lepak dalam bilik (biasalah nama pun honeymoon kan..hihi), pegi kedai - makan/minum, mandi laut, lepak-lepak tepi laut dan round-round dengan motor sewa kami....indah betul kenangan kat sana ~

>>>

Jom lah cuci mata dengan gambar-gambar kami kat sana......enjoy!!!

masa ni kat mersing..belakang bangunan KFC...lepak-lepak sementara tunggu feri...

posing...
posing lagi...
jauh sikit...

kat jeti tunggu feri....

dah sampai pun..kat depan bilik kami...

en.hubby pulok posing poyo2...hehe


~ BERJAYA TIOMAN RESORT ~


air laut yang jernih...

air laut surut dikala petang....

we are in LOVE.... hihi




jalan-jalan naik motor....dan gambar-gambar aktiviti kami disana kat bawah ni.... :)








Sesiapa yang teringin nak ke sana bolehlah stay kat BERJAYA TIOMAN RESORT tu..aman je...aktiviti lain yang boleh dibuat kat sana antaranya snorkeling, melawat ke taman laut, berbasikal dan banyakkk lagi..

Jom ramai-ramai ke Pulau Tioman!!!


Sekian dulu untuk entry kali ni...terima kasih kerana sudi baca entry ini.. :)




3 comments:

cik kechik said...

kak,pasni boleh la gi lagi..rasenye zara da merengek nak adik tu..kuikui kui...

Nur and Idres said...

Such a nice post. Goodness, Tioman looks lovely. It looks like you really had a great time.

We're going to celebrate our 1-year wedding anniversary in Tioman, Kampong Genting next week :) We can't wait.

Thank you for the fun reading your story and looking at your pictures.

Salam

Nur & Idres

:: FIEZA :: said...

Cik Kechik... 'adik' Zara nanti kitorang nak honeymoon tempat lain pula.. hihi

Nur and Idres thank you...hope you guys had a lovely anniversary at Tioman too!