Friday, January 31, 2014

:: Jom nikmati suasana Gold Coast Sepang ::

Teringin nak duduk Hotel yang cabang pokok tu....hmm mengidam aku time pregnen ni... peninglah en.abang aku tu nak melayan weyh...hihi Akhirnya dapat juga menginap 2 hari 1 malam kat Gold Coast Hotel Sepang ni..best weyh...suasana dalam kawasan Gold Coast ni best..nyamannnn aje...tenang fikiran aku bak air laut yang tenang tu...cuma kawasan sekitar hotel ni kurang 'happening' sikitlah..memang sesuai sangatlah Gold Coast ni untuk orang-orang yang inginkan ketenangan, kedamaian kesunyian..hmm nak dapat ilham tulis novel ke melukis ke memang sesuai sangatlah. bab-bab melayan perasaan ni heaven bila anda berada disini...hihihi aku takdelah nak melayan perasaan sangat cuma saja nak merasai tidur atas air laut... siang-siang hari okay je suasana cantik...tapi bila 'dini' hari (tengah-tengah malam) masa air laut pasang waduhhh seram ingat nak tsunami pula..

Kat Gold Coast ni aku menginap kat bahagian 'batang pokok' huhu tak tau nak describe perkataan yang sesuai kan jadi belasah ajelah ye janji korang fahamkannn...yang kat batang pokok tu biliknya 2 tingkat. aku dan suami menginap ditingkat bawah memang feel sangatlah masa air laut pasang...rasa macam nak cecah lantai dah air laut tu walhal jauh lagi..suasana gelap tak nampak air laut kalau tengok kat balkoni tu cuma dengar deruan ombak aje...pengalaman tidur yang sangat BEST!

JOm layan pictures okay >>>

~ Ini suasana dalam bilik hotel kami ~
Ruang bersantai...

Ruang bilik ~ luas + selesa ~

Katil mengadap pemandangan luar... Best...Nyaman...

Meja bersantai sambil makan sambil hirup udara segar dan bau laut...ummmm nyaman lagi..

Laut yang terbentang luas~ :)

*tangga tu not sure untuk apa..rasanya untuk kecemasan if anything happen sebab ada pelampung sekali... :)



Nampak tak perut aku yang sedang membuyung tu?? hihi actually tu ist pregnency aku ye..kami ke Gold Coast ni tahun 2012 sebelum aku bersalin...sekarang  ni aje iolls rasa nak share dengan uolls pengalaman ke Gols Coast ni...hihihi lama simpan pictures ni tau! :) 

Merenung masa hadapan ~

Bilik kami kat batang pokok tau..dekat sikit lah untuk bakal mama macam aku ni nak berjalan dari lobby ke bilik...hihi tapi actually diorang ada sediakan transport dari lobby ke bilik-bilik jadi tak perlu risau untuk berjalan kaki...akukan dah nak bersalin makanya kenelah banyak berjalan supaya mudah bersalin nantikan...hihi

cantikkan...

sunset *





diluar kawasan hotel ada kawasan untuk beraktiviti ditepi pantai~

kami dinner di restoran BAYU MALAM ni....emm okaylah makanan nya boleh tahan lah..restoran kat luar tak banyak sangat pilihan jadi hentam sajalah!

berehat sekejap di lobby hotel ~

Berjalan menghirup udara malam sambil berposing-posing... :)

Di cafe hotel + kolam renang ~


Bersantai di balkoni bilik kami pula menghabiskan waktu malam kami menghadap laut yang kian malap.... :)

best best best!!!


p/S : terima kasih kerana sudi layan entry ini....jom ramai-ramai ke Gold Coast! :))

No comments: